Thursday, November 18, 2010

HACKS 1437 !

Sayang.. rumah sebesar itu hanya didiami oleh seorang gadis dan beberapa orang pembantu dan pengawal keselamatan rumah. Hmm.. beginilah kehidupan sigadis dari kecil sejak kematiaan ibunya hingga dia berumur 23 tahun. Ya.. kematian ibunya telah merampas keceriaannya. Ini semua kerana ayahnya yang sanggup mendera insan yang bergelar isteri hanya untuk bersama perempuan lain. Mujur rumah itu dan hartanya milik ibunya. Jika tidak entah dimana lagi dia akan tinggal. Bersyukur juga dia kepada Makcik Enah yang sanggup menjaganya hingga kini.

Peristiwa beberapa bulan lalu sekali lagi merampas erti kebahagiaan yang mula mekar dihatinya. Zezan.. ya Ak Azezan Ruzaini bin Pg Ajmal. Bekas tunangnya yang sanggup memutuskan pertunangan mereka hanya kerana ingin bersama perempuan lain. Tapi dia.. arghh sudahlah mungkin semua lelaki sama saja. Kenapa hidup gadis ini harus menderita?? Ezzah Aryana Binti Erman Aziz, kesepian kini membelengu dirinya, hatinya kian hancur hanya kerana kehadiran dua orang lelaki yang sanggup membuat dia menderita dan terluka. Luka yang kini masih berdarah. Siapakah yang sanggup untuk mengubati hati yang kian terluka ini?? Disaat dia memerlukan kasih sayang seorang insan bergelar ayah, ayahnya telah memusnahkan impiannya. Disaat dia memerlukan seorang tunang yang setia, tunangnya telah curang.. Mungkin sudah takdir hidup Ezzah begini. Semenjak dua insan ini melukai hatinya, dia tidak ingin lagi jatuh hati terhadap lelaki walaupun sebaik mana mereka. Biarlah luka ini bermukim dihati.

***
Bagi Tengku Ariff Zakaria Tengku Badaruddin, perempuan telah lama musnah, lenyap dihadapan matanya. Kini dia berusaha untuk tidak mengulangi peristiwa yang telah lama terkubur dalam sejarah keluarganya. Selama 24 tahun dia hidup dibumi ini, sekalipun dia tidak pernah menganggap perempuan itu wujud. Jauh sekali untuk memuji insan yang bergelar perempuan. Hal ini memang diketahui orang ramai, malah seluruh masyarakat mengetahuinya. Ini kerana gelaran diawal namanya membuatkan berita buruk 10 tahun lalu itu tersebar. Di pejabat ayahnya yang kini diambil alih olehnya hanya di huni oleh pekerja-pekerja lelaki.

Zack.. begitulah panggilan teman-temannya yang rapat dengannya. Temannya, Rafy dan Hilmi sudah masak dengan perangainya yang kuat melenting ketika mendengar perkataan perempuan yang keluar dari mulut orang-orang yang rapat dengan. Entah sampai bilakah "sensitive" Zack terhadap perempuan akan hilang, Mungkinkah ada orang yang sanggup mengubah pendiriaannya?? Mampukah seseorang itu membuat zack lupa akan kisah lalu??
Sampai bilakah lelaki bernama Tengku Ariff Zakaria ini akan sedar akan kehadiran insan bergelar perempuan?? Mampukah dia berbuat semua ini??

***





Pagi itu Ezzah Aryana terlewat bangun untuk pergi bekerja. Ini semua salah Makcik Enah yang membawanya melihat rancangan menarik yang sedang disiarkan di peti TV malam itu dan lupa untuk membangunkannya pagi tadi. Huh.. salah aku juga bukan salah Makcik Enah.. keluhnya didalam hati. Kereta Lexusnya memecut laju kerana dia sudah terlalu lewat untuk masuk kerja.

Ezzah Aryana asyik mengerling jam ditanggannya hingga dia tidak ternampak sebuah kereta keluar dari simpang. Dum!!! Arghhhh! Terjadilah satu kemalangan. Hmm mujur bukan kemalangan tragis. Hanya kemalangan kecil. Nak buat macam mana nie?? Dah lah ahkhir bangun. Ini pula kereta nie tak tentu fasal lah keluar simpang suka-suka hati dia kemek lah kereta kesayangan aku nie...bebel Ezzah Aryana didalam hati.

Ketukan keras di cermin kereta sebelah kirinya mematikan bebelan dihatinya. Esh manusia kah binatang nie?? Tak tahu kah aku terkejut?.. Ezzah Aryana terus membebel. Dia lantas keluar. Seorang lelaki sedang menunggunya sambil menyandar disebelah keiri keretanya. Eyh kereta nenek dialah suka hatinya menyandar.. marah Ezzah Aryana didalam hati. Dia lantas pergi kearah lelaki tersebut. Sempat lagi dia memerhatikan hadapan keretanya yang kemek terlanggar kereta lelaki itu. Tanpa apa-apa alasan Ezzah menendang kereta lelaki tersebut .

"Hey!" Jerkah lelaki itu. " Apasal awak tendang kereta saya macam tu?"

Ezzah Aryana terdiam dan tidak memusingkan badan melihat lelaki tersebut. Heh! Salah sendiri keluar simpang suka-suka hati. Tak ada mata kh?? Bebelnya terus didalam hati.

"Hoi perempuan!! Kenapa tak pandang? Takut? Huh perempuan semua sama suka berpura-pura padahal mahu perhatian lelaki!" tengking lelaki tersebut.

Mendegar kata-kata tersebut, hati Ezzah bagai di koyak dan di hiris. Pura-pura?? Ya Allah berikanlah hambamu kekuatan. Sungguh Ezzah benci dengan perkataan pura-pura itu. Kerana ianya mengingati ingatannya kepada Zezan yang berpura-pura setia. Air mata mula bergenang di kelopak matanya. Hisy buat apa menangis.. Ezzah menguatkan hati untuk berpaling melihat lelaki tersebut.

" Huh?! Awak menangis? Tak sangka langsung perempuan memang begini, dilahirkan dalam hidup kepura-puraan! Cepat saya mahu awak minta Maaf saya tak ada banyak masa tuk bersama awak! Dan lagi satu jangan lupa ganti rugi untuk kereta saya ni!" Marah lelaki tersebut.

" Suka hati awaklah nak mengata perempuan. Lelaki apa kurangnya! Hanya mahu memusnahkan impian seorang perempuan!!Ganti rugi?! Huh jangan harap! Awak yang sepatutnya ganti rugi! Kerana awak tak ada mata tu kereta saya kemek tahu!!! Tapi dalam hal ini awak yang salah jadi awak yang harus minta maaf!" Balas Ezzah.

" Apa?! Tak ada mata? Hoi! Tak ada otak kh? Siapa suruh pandu laju-laju? Saya nak cepat awak yang terus-terus saja langgar kereta saya!"

Ezzah yang tidak tahan lagi dengan segala kemarahan dan tengkingan lelaki itu terus meminta maaf dan terus mengunci dirinya di dalam keretanya. Menangis sepuas-puasnya didalam kereta. Arghh kenapa lelaki tidak pernah faham perasaan perempuan? Dia mencapai telefonnya lalu menelefon pejabatnya untuk meminta kebenaran bercuti. Setelah itu dia menelefon rumah dan meminta Makcik Enah menyuruh Pakcik Zali[driver] mengambilnya dan membawa panarik kereta untuk menghantar keretanya dibengkel. Dia membiarkan lelaki itu terus mengetuk cermin keretanya. Setengah jam kemudian datang drivernya dan penarik kereta. Dia terus memasukkan barang-barang berharganya didalam beg lalu masuk kekereta yang di bawa oleh Pakcik Zali. Dia membiarkan Pakcik Zali menyelesaikan masaalahnya dengan lelaki entah siapa namanya itu. Memang itu yang sering berlaku. Jika dia ada masaalah samaada Makcik Enah atau Pakcik Zali yang membantunya menyelesaikan perkara tersebut. Dia telah menganggap mereka seperti ayah dan ibu sendiri.

Beberapa minit kemudian barulh Pakcik Zali masuk kedalam kereta. Pakcik Zali memberitahu Ezzah bahawa lelaki itu minta ganti rugi. Wajarkah Ezzah membayar ganti rugi tersebut?? Hisy tak patut lah.. sepatutnya dia yang bayar. Cis! Kurang ajar punya lelaki. Ezzah hanya membiarkannya dan mengarahkan Pakcik Zali memandu pulang kerumah.

***
"Maaf Tengku, Tuan Ilham telah membatalkan perjanjian diantara syarikatnya dan syarikatnya kerana setiap kali temu janji Tengku selalu lewat, dia sudah tidak tahan lagi Tengku. Maaf" begitulah kata-kata yang keluar dari mulut setiausaha Zack.

Zack mendengus marah dan terus masuk ke biliknya. Ini semua perempuan tu punya pasal..getusnya didalam hati. Tak pasal-pasal projek besar nie di batalkan. Huh tahulah awak jika awak tahu siapa saya! Nasib baik kau tercicir kad pengenalanmu hah! Senanglah saya nak cari awak!

Terus dia memanggil sestiausahanya dan mengarahkannya tuk mencari maklumat tentang Ezzah Aryana binti Erman Aziz, perempuan yang membuatkan sebelah keretanya cacat. Tak lama lagi kita berjumpa lagi! Kali ini saya takkan biarkan awak lari huh biar awak ganti rugi!



***




Akibat kemalangan itu Ezzah kehilangan pekerjaannya hanya kerana dia memberikan alasan yang tidak munasabah. Kad pengenalannya hilang!! Arghh sudah seminggu dia mencarinya. Pakcik Zali pun sudah disuruhnya mencari di tempat kemalangan tersebut tetapi tidak terjumpa. Eyh kemana hilangnya IC nie?? Sudah seminggu dia hilang..

Ezzah malas hendak keluar rumah mana tahu ada polis habis kena saman atau terjumpa lelaki itu?? Urghh malas nak jumpa lelaki macam tu. Ding..Dong.. Eyh siapa lagi yang datang di waktu begini?? Takkan posman? Kan peti surat ada dekat pagar?

Ezzah lalu berjalan menuju pintu lalu membukanya. Eyh tak salah lihat kan aku nie?? Kenapa dia ada disini? Macam mana..??

" Hoi!! Kenapa?? Nampak hantu kh??" tanpa memberi salam lelaki itu terus masuk kerumah Ezzah.

"kau ingat dapat lari dari akukah?? Inda mau ganti rugi?? Hey rumah sebesar nie takkan tak dapat ganti rugi??" sambung lelaki itu.

"Hey! Masuk rumah orang suka hatinya. Tak bagi salam!! Islam kh?? Hah!" balas Ezzah.

Hisy memang aku benci perempuan suka marah-marah macam...

" Kenapa takut nak balas??" Ezzah meyambung.
"Siapa takut? Ganti rugi dulu baru saya keluar dari rumah awak ni dengan tenang kalau tak saya tak akan pulang kn IC awak!"
"eyh kenapa boleh IC ku arah kau??"
"Hmm terima kasih lah kepada IC awak nie sebab saya dapat cari awak di sini.. so Aryana jadi tak bayar ganti rugi?"

Eek sejak bila aku nak bayar ganti rugi nie! Tapi tak apa lah dia dah lembut sikit tak marah-marah. Bayar atau tidak?? Hmm malaslah biar kn dia menunggu. Lama mereka berdiri berhadapanan . Tiba-tiba...

" Ezzah, saya datang sini nak minta maaf.. Salah saya tinggalkan awak dulu." kata Zezan yang tiba-tiba berada di hadapan pintu..

" emm..Zezan! Awak buat apa lagi kat sini? Kenapa tak pergi jumpa perempuan tu? Awak nak apa? Sambung hubungan kita? Cukuplah awak sakiti saya sekali! Saya tak akan menerima awak kembali!"

" Tapi Ezzah.. saya masih cintakan awak sayangkan awak macam dulu. Please beri saya kesempatan walaupun saya tahu awak sudah ada pengganti. Berbahagialah disamping lelaki tu" Zezan menunjuk Zack lantas berlalu pergi.

Air mata mula bertakung di mata Ezzah. Cukuplah sekali saya disakiti oleh awak Zezan. Makcik Enah yang dari tadi didapur terkejut mendengar suara Zezan terus bergegas ke depan kerana memang di maklumi olehnya Ezzah takkan tahan berdepan dengan Zezan yang yang pernah melukainya.

"Siapa lelaki tu?? betullah apayang saya cakap masa haritu... kau sengaja nak minta perhatian dari lelakikan?? Kau putuskan hubungan dengan dia sebab awak dah jumpa sasaran baru awakkan?? Hoi sedar lah diri sikit!" sejurus Zezan berlalu Zack terus menuduhnya yang bukan-bukan. Ezzah yang sudah tidak tahan dituduh begitu berlari naik kebiliknya meninggalkan Zack dengan Makcik Enah.

"Maaf, boleh tuan tinggalkan rumah nie." Makcik Enah mengarah kan Zack untuk keluar dari rumah itu.

"Eyh Makcik nie siapa?? Nak suruh saya keluar.. Urusan saya dengan Aryana belum selesai"

"Terus terang Makcik minta maaf atas permintaan Makcik tadi. Kalau nak selesaikan urusan tuan dengan Ezzah tolong datang hari lain kerana mood dia tak baik sekarang"

"Eyh mcm mana Makcik tahu mood dia macam mana? Makcik memang sengaja nie menyuruh saya keluar"

"Makcik memang faham perangainya kerana sejak kecil lagi Makcik yang jaga dia selepas kematian ibunya. Ayahnya pergi bersama perempuan lain tinggallah dia seorang diri dekat sini. Dan lelaki tadi tu bekas tunang dia. Memang selepas ayah dan tunangnya meninggalkan dia, Ezzah sebenarnya tidak berani untuk bertemu mana-mana lelaki. Sebabtu dia layan tuan macam tadi. Sebenarnya dia tu baik orangnya. Sekarang Tuan sudah faham dan tolong tinggalkan rumah ni dengan segera"

Tengku Ariff Zakaria yang tadinya tekun mendengar menyerahkan semula IC Ezzah kepada makcik Enah dan memperkenalkan dirinya sebagai Tengku Ariff lalu berlalu pergi.

***

Lelaki apa kurangnya! Hanya mahu memusnahkan impian seorang perempuan.. kata-kata Ezzah Aryana bermain diotak Zack... Patutlah dia cakap macam tu rupanya ada sesuatu..hmm tak kurang mcm cerita saya nie..

Eyh kenapa aku jadi macam ni. Tiba-tiba saja percaya cakap makcik tu. Kenapa dengan aku nie.. selepas dua hari aku dengar cerita Makcik tu aku berubah. Berubah kh aku?? Hilmi dengan Rafy pun kata aku mcm tu.. apakah aku.... Argh tak mungkin...

"hey zack! Termenung saja.. ingat siapa?? Perempuan yang langgar kereta awak haritu?? Dah jatuh hati?? Syukur Alhamdulillah" Hilmi tiba-tiba masuk kepejabat Zack tanpa memberi salam mahupun mengetuk pintu.

"Oi mi! Beri salam kh apakh ani masuk sesuka hati saja. Mun aku lamah semangat.."
Belum sempat Zack menyambung, " tak sempat kawin" tergelak Hilmi mendegar kata-kata Rafy yang tiba-tiba berada di sampingnya.

"hisy.. Tak habis-habis mengusik aku lh korang berdua nie! Tak ada keja kh??"

"Hey sejak bila kau jadi mcm nie Zack? Dulu kami masuk tak pun kau cakap macam nie" Rafy sengaja bertanya.

"Alah kau nie Raf macam tak tau saja.. Zack marah tu sebab kita ganggu dia angan-angan tentang perempuan tu..siapa namanya tak ingatlah" semakin galak Hilmi mengusik

"Ezzah Aryana binti Erman Aziz..hai namamu terpahat dihati..sungguh siang malam kau terbayang wajah mu.. tidurku hanya berteman kan mimpi indah bersama mu"

"eyh aku tumbuk krg! Jangath berjiwang Rafy!!!buat kerja sendirilah!!"

"sibuk kan cik Ezzah tu kh??" Hilmi sempat menyakat lalu keluar bersama Rafy sebelum Zack sempat membalas kata-katanya.

Entah kadang-kadang kata-kata Rafy tu ada benarnya.. aku dah jatuh cinta kh??

***

Tit..Tit... Telefon bimbit Ezzah berbunyi menunjukkan ada sms yang baru diterima.
Ezzah membacanya.

Maaf
-Zack

Eyh salah nunber kali. Ezzah membiarkan tanpa membalas. Inda kenal wh!

Sms baru di terima

Inda mau maafkan sy??
-Zack

Eyh apakaan?? Separuh kali lelaki ani..

Inda apa mun inda mau maafkan saya.. mm mungkin awak tak kenal saya memanglah di awal pertemuan saya tak beritahu nama saya soo boleh jumpa tak besok?? Jam 2.00 ptg di pejabat saya, eternal Inner beauty design, That’s my daddy punya building, so i hope you datang and appointment nama Tengku Ariff Zakaria.
-Zack

Eek apasal kan nie org ah???
"Makcik Enah, makcik kenal inda dengan org nama Zack?"

Makcik Enah mengeleng.

"umm Tengku Ariff Zakaria??"

Makcik Enah berfikir sejenak lantas mengangguk " eyh takkan inda kenal?? Yang minta ganti rugi yu lah.."

Eyh dia nak apa lagi?? Paksalah aku datang tomorrow.. ish.

***

"Terima kasih kerana sudi datang Aryana" ucap Zack

Eek.. Aryana?? Tak ada orang panggil aku Aryana lepas ibu meninggal. Lembut lagi tu dia cakap.

"Umm saya nak minta maaf. Saya dah sedar itu salah saya kerana tak melihat kiri kanan masa keluar simpang dan saya minta maaf atas tuduhan saya tempoh hari.. saya memang macam tu dari umur saya 14 tahun"

" Saya dah maafkan awak umm boleh saya tahu ada apa yang berlaku semasa awak berumur 14 tahun?" tanya Ezzah tanpa sedar.

Eyh kenapa aku tanya macam tu? Macam menyibuk lah.

"emm.. saya memang inda suka bagitahu orang pasal ani but sebab saya tahu tentang kisah awak....I’ll tell you.
Masatu umur saya 14 tahun. Ayah saya memang selalu sibuk. My mum pulak entah lah jarang saya lihat dia dirumah. Masa malam tu entah kenapa terasa pelik sebab ayah dan ibu saya ada dirumah macam ada something happen. Ibu saya teriak-teriak nak minta cerai ayah tak bagi pun. Akhirnya ayah mengalah dengan syarat saya dibawah jagaan ayah. Ibu cakap ambil lah dia memang tak suka punya anak. Dia kawin dengan ayah pun sebab nak kejar duit. My mum tu materialistic lh. Sebab tu saya benci perempuan sangat- sangat dan saya tuduh awak tu pun sebab saya nie sensitive sikit jika jumpa perempuan atau sebut perkataan perempuan pun boleh buat saya marah. Tapi sejak jumpa awak dan pembantu rumah awak bagitahu tentang awak saya berubah. Saya mula sedar perempuan tu tak semestinya sama"

"Apa yang awak tahu tentang saya? Apa yang Makcik Enah beritahu awak??" rasa marah mula bangkit.

" Tolong jangan marahkan pembantu awak tu.. dia tak salah apa-apa. Saya yang salah. Maafkan saya, saya tak sepatutnya menuduh awak yang bukan-bukan masatu sebab saya tak tahu kisah silam awak. Tapi kisah awak tu tak ada jauh bezanya dengan awak dan saya lupa nak minta maaf saya dapat tahu awak dibuang kerja sebab kemalangan dan IC awak hilang kn..see everything is my fault..so sorry"
"Kan saya dah cakap saya dah maafkan awak. Salah saya juga sebab tercicir IC saya tu.. saya memang cuai dan saya takkan marah pada Makcik Enah memang betul dia cakap macam tu pada awak.. "

"so awak dah maaf kan saya lh nie? Emm awak kn bekas interior designer so let say awak kerja disini kerjanya sama boleh?? Please ini kali pertama saya offer kerja arah perempuan. Tadi awak lihatkan semua yang kerja disini lelaki??"

"Tapi umm ertinya saya mesti kerjasama dengan lelakilah nie?? aa.."

"Inda apalah.. do you want to be my secretary?? I know awak inda suka umm i mean awak masih tak berani kan?? But please lah kerja kat sini sebab ini tanda terima kasih saya pada awak sudah sedarkan saya tentang perempuan"

Alah nak buat macam mana nie?? kalau tak kerja bosan lah dirumah.. disini err macam mana... lelaki?? Ezzah mengeluh berat.

"Kenapa? Awak tak sudi?? Inda apa lah kalau macam tu" Zack ingin berlalu tetapi..

"umm okey lah saya jadi secretary awak but call me Ezzah saja"

" Nope i think Aryana is better than Ezzah so you can call me Zack or apa-apa saja lah"

"How about ariff??"

"Okay that will do.. so Aryana nak start kerja bila?? Hari ini atau besok?"
"Besok lah sebab saya dah suruh Pakcik Zali tunggu diluar"
"Aikk kenapa Pakcik hantar?? Kan masaritu kereta awak banyak dirumah?"
"Saya tak suka pakai kereta lain lah"
"Okey jumpa besok bye!"

***
Sudah lebih 5 bulan Ezzah bekerja di Eternal Inner Beauty Design tu.

"Aryana nanti petang temankan saya check rumah di Kampung Rimba.. dan tolong informkan Hilmi yang tuan rumah tu nak minta tolong decoratekan dalaman rumah tu"

"Okey"
"Okey saja?? Nama mana?? Macam cakap sama dinding lah"
"Okey Tengku Ariff Zakaria Tengku Badaruddin"
"esh panjangnya aha saya main saja tu inda kan marah"

Ezzah hanya senyum..eyh kenapa dia nie?? manja gila..kurang kasih sayang lah nie..

***

" E..Ez.. Ezzah!" Zezan terkejut. Tak disangkanya orang yang akan mencheck rumahnya itu Ezzah.

Dasar penipu!!! Nasib baik aku tak terima dia balik rupanya dah bertunang kurang ajar! Tengku Ariff yang baru tesedar itu cepat-cepat berlakon selepas melihat air mata Ezzah yang bertakung di matanya.

"Hei sayang, kenapa nie?? Jomlah kita check rumah nie sama-sama"

Eyh pandainya aku belakon puji zack dalam hatinya..

"Okay lah jom..so cik Zezan start dari mana nie??" Ezzah yang sedar dengan permainan Ariff tu membalas.

"Umm.. start kat emm ruang tamu lah"
"Esh gugupnya cik Zezan nie.. tak payah lah gugup"

***
"Tak disangka Tengku Ariff Zakaria Tengku Badruddin nie pelakon terhebat lah"
"Isy awak nie Aryana..sudahlah tu malu saya depan Hilmi dengan Rafy nie"
"Dia berlakon apa tadi??" tanya Rafy ingin tahu.
"aa..umm" Ezzah gugup tak mahu memberitahu
"See.. salah sendirilah siapa suruh nak ungkit nak jawab apa nie??" usik Zack
"Alah kau nie Rafy macam tak fahamlah ertinya Zack kita nie dah jadi Hero lah hari nie" lawak Hilmi. Dia dan Rafy ketawa manakala Ezzah dan Zack terdiam.

Eekk macam mana c Hilmi celupar nie boleh tahu?? Sukahati dia lah..tapi benar juga..gumam Zack dalam hati.

Ezzah sedikit tersentak mendengar ucapan celupar Hilmi tadi. Eyh dia nie ahli nujum kah apa?

***
"Terima Kasih hantar saya balik" ucap Ezzah kepada Zack bila berada didepan rumahnya
"Tak payah lah Aryana. Keselamatan itu penting lah apatah lagi malam-malam macam ni. Hm besok tak kerja lah so saya bawa awak jalan macam mana?? Bosan lah dirumah. Saya jemput awak??"
"Hmm okeylah. Hilmi ikut??"
"Kenapa?? Suka?"
"Ish manaada.. dia tu celupar lah"
Zack tergelak mendengar ucapan Ezzah.
"Okey selamat malam bye!" ujar Zack setelah habis berbual.
***

"Aryana maafkan saya. Saya fikir awak dah...." belum sempat Zack menghabiskan kata-katanya Aryana terus menutup pintu kereta Zack dan meluru masuk kerumah.

Tengku Ariff Zakaria rasa sangat bersalah. Sungguh bukan dia ingin menyakiti hati perempuan itu tapi dia menyangka Aryana sudah bersedia membuka pintu hatinya untuk menerima lelaki lain dalam hiduonya. Namun sangkaannya salah.

Ezzah Aryana..mengapa begini?? Disaat aku mulai mempercayai perempuan kau pula yang menolak hasrat murni ku yang ingin mendampingimu... Maafkan aku jika aku salah tapi hati ini sudah terlanjur mencintaimu.. engkau lah yang membuat aku menyedari kehadiran perempuan dibumi ini..engkau juga yang mengajar aku erti cinta..

***

Tit..tit.. bunyi telefon bimbit Ezzah.

Mesti Ariff nie.. baca atau tidak?? Baca lah tapi jangan balas.

Aryana maafkan aku. Aku tak bermaksud untuk menyakitimu. Aku hanya ingin menyedarkan engkau lelaki tu semuanya tidak sama seperti engkau menyedarkan aku tentang kewujudan perempuan yang baik seperti awak. Jujur perempuan yang pertama hadir dalam hidupku setelah ibuku meninggalkan aku adalah kau Aryana. Baru ku sedari cinta pandangan pertama ini menyakitkan. Saya akan pergi jauh untuk melupakan bayangan mu yang kian menghantui hidupku. Permintaan saya yang terakhir janganlah berhenti dari Eternal Inner Beauty Design. Please. Hilmi akan mengantikan tempatku buat sementara waktu.. bila sampai masanya saya akan kembali....saya harap persahabatan kita kekal tuk selamanya..

Selamat tinggal Aryana ..semoga mendapat cinta dari seseorang yang lebih baik dari saya..

-xxTengku Ariff Zakaria @ Zackxx-

Ezzah mengeluh membaca sms tersebut. Hmm lelaki tak memang memahami perasaan perempuan.

***
Cinta pergilah kau menyusuri angin
Tinggalkan aku sendiri
Rindu kenapa kau datang?
Pergilah engkau menyusuri air laut.

***




Sudah 2 bulan peristiwa itu berlaku.

"Ezzah apa awak buat sampai Zack melarikan diri nie? Awak tahu tak sesakitnya hati Zack dahulu dia tak pernah larikan diri macam nie" Hilmi bertanya kepada Ezzah yang sejak tadi diam membisu..

"tak apalah awak boleh keluar sekarang" Hilmi mengarahkan Ezzah tuk keluar.
"Mi, boleh saya tanya dimana Ariff sekarang??"
"Kenapa sekarang Ezzah?? Kenapa tak sebulan yang lalu kah? Zack dah lama meninggalkan kita. Dia kata mungkin dia takkan mungkin kembali disini. Maafkan aku, aku tak dapat beritahu kau dimana Zack berada"

Ezzah berlalu keluar dari bilik yang dulunya dihuni oleh Tengku Ariff itu. Sewaktu dia keluar dia terlanggar seorang lelaki yang menutup wajahnya dengan cap. Ezzah meminta maaf lalu berlalu pergi menuju ke rest room.

Ezzah mengurung dirinya didalam rest room buat seketika.

Ariff mana awak pergi nie.. Sejak awak pergi hati nie dah mulai merindui awak.. semua sms awak tak pernah balas.. please lh Ariff baliklah Kenapa jadi macamni? Disaat hati ini ingin menerima cintamu kau makin menjauh. Tolong jangan seksa aku begini..baliklah..

Ezzah menangis sepuah hatinya.. Tidak lama kemudian dia menghantar pesanan ringkas ketelefon Hilmi menyatakan dia pulang kerana ada hal penting dirumah.

***
"Mi, kenapa Aryana menangis?" kata-kata Zack tu mengejutkannya.
"Zack! Sejak bila awak ada disini? Ezzah menangis?"
"Tadi masa Aryana keluar saya masuk awak tak perasan kh mi?"
"Tak.. Umm mungkin Ezzah menangis tu sal tadi dia tanya awak dimana tapi saya tak bagitau itu yang awak suruh kn? Dan saya bagitau dia yang awak mungkin tak akan balik sini. Saya Cuma mahu buat dia sedar Zack."
"Tak apalah mungkin betul juga biar dia sedar. Um besok saya start kerja nie"
"Macam mana denga Ezzah?? Oh ya ermm Ezzah balik sekarang nie ada hal katanya dirumah"
"Biarkan dia bekerja disini kalau dia mahu. Ada aku tanya mana Ezzah kan?? Inda jua. Behapa jua ku bertanya"

Hilmi jadi bengang melihat kelakuan Zack yang seperti tidak menghiraukan Ezzah. Mungkinkah Zack sudah berubah macam dulu??

***




Bermula hari ini Tengku Ariff Zakaria mengambil alih semula tempatnya. Ezzah terkejut ketika melihat Ariff melintas di hadapan mejanya.

"Lain kali kalau ketua datang ucapkan selamat pagi kah!"

Eyh kenapa dengan Ariff nie?? Kenapa dia marah-marah?? Ada masaalah kali..
Ezzah berdiri lalu memberi salam. Setelah memberi salam Tengku Ariff meninggalkan Ezzah masuk kebilinya.

Tok..Tok..tok..
Suara Zack mengarahkan masuk kedengaran.
Ezzah lalu memasukki bilik Zack.

"Ada apa?" tanya Zack tanpa melihat wajah Ezzah.
"Emm.. tak ada apa-apa..kemana Ariff selama nie??"
"huh bukan urusan kau lah! Kalau tak ada apa-apa lagi tolong pergi sekarang saya sibuk! Lagi pun nie waktu kerja"

Ezzah yang terkejut itu terus meminta maaf kerana menganggu Zack membuat kerja dan berlalu keluar bilik tersebut. Mungkinkah Ariff?? Argh tak mungkin lah!

***
Sudah sebulan Tengku Ariff berkelakuan begitu semua staffnya hairan dengan perubahan itu hanya Hilmi dan Rafy yang faham.

Ezzah Aryana yang mulai faham akan sifat Tengku Ariff yang mungkin ditujukan kepadanya itu terasa hatinya dihiris dengan sebilah pisau yang tajam. Mengapa Riff??
Ezzah setiap hari akan dimarah tak tentu pasal dan saban hari Ezzah akan bertemankan airmata sebelum tidur. Dia menangisi nasibnya yang malang itu. Adakah sejarah hidup bersama Zezan akan berulang?? Tidak!!

Kerana tidak tahan dengan kemarahan Ariff yang sengaja ditujukan buat Ezzah itu, Ezzah telah meletakkan surat letak jawatannya dari Eternal Inner Beauty Design pada suatu pagi ketika ramai pekerja yang datang di atas meja Tengku Ariff Zakaria Tengku Badarrudin.

***
Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi hmm mungkin dia dah sampai di pejabat.
Ezzah lalu mencapai telefon bimbitnya.

Tit..tit..
Belum sempat Ezzah memulakan sms baru.. satu sms telah sampai ke teefon bimbitnya.

Terima kasih kerana sudi berhenti dari sini
-Zack

Kejamnya awak Ariff?? Dengan linangan airmata Ezzah membuat satu pesana ringkas buat Tengku Ariff

Tit..tit.. telefon Zack berbunyi.. hmm pasati Ezzah Aryana nie huh dia nak apa lagi?

Tengku Ariff Zakaria Tengku Badaruddin, saya minta maaf banyak-banyak jika saya ada salah. Maafkan saya kerana pernah menolak cinta awak. Tapi ketikatu hati saya belum dapat menerima kehadiran lelaki sebagai pasangan ISTEMEWA. Terima kasih juga kerana membuat hati saya terseksa selama kepergiaan awak kerana terlalu merindui kehadiran awak disisi ..
Can we bring yesterday back around
Cause i know how i feel about you now...
But i think Its TOO late
Terima kasih kerana sudi kembali kesini. Saya tahu awak gembira melihat surat letak jawatan saya.. terima kasih banyak-banyak. Ariff kemanakah kata-kata awak yang mahu persahabatan kita kekal selamanya?? Mungkin inilah saatnya saya membina jurang antara kita. Mungkin itu juga yang awak mahukan selama ini. Maaf..

-xxEzzah Aryanaxx-

Aryana... hati zack menjerit.
***

Setahun berlalu.... Aryana sudah tamat pengajian masternya di UK..dan hari itu adalah hari terakhirnya berjumpa kawan-kawannya di sana..

Brunei here i come..
Kehadiran ku di negera dimana aku dilahirkan menginginkan sesuatu yang bermakna
Tidak ingin mengulangi kisah duka yang terpendam dihati ini...

***

Ezzah Aryana sekarang dia sudah memulakan kerjanya sebagai ketua dipejabatnya iaitu EA Design. Bangunan tu memang dah lama wujud tapi kepunyaan ayahnya. Dia bekerja disitu untuk memenuhi wasiat ayahnya. Ayahnya sudahpun meminta maaf kepadanya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Begitu banyak penderitaan yang ayahnya tanggung kerana mengahwini perempuan tu...

"Puan Ezzah..puan ada perjanjian petang nanti jam 2 di bilik perbincangan" suara Sandra di interkom mematikan lamunannya tentang ayahnya.. terlalu banyak prasangka buruk yang disimpannya mengenai ayahnya dahulu.

"Terima kasih Sandra."

Ezzah menyambung kembali lamunannya tentang ayahnya... dasar perempuan tu telah merampas ayahnya dan telah menyebabkan kematian ibunya.. Ayah kenapa tak pernah bagitahu semua ni pada Ezzah?? Kenapa mesti sebelum ayah meninggal?? Air mata yang mengalir dikesat..

***

"Maaf saya terlambat" Ezzah berkata ketika masuk kebilik perbincangan.
"Tak apa" balas lelaki itu lalu berpaling.
"Saya..." lelaki itu terhenti ketika melihat perempuan yang menutup pintu itu.
"Aryana??" tanya lelaki itu.

Ezzah tersentak.. Aryana?? Hanya Ariff yang memanggilnya begitu..mungkinkah??
Ezzah lantas berpaling. Dia terpaku melihat sosok tubuh dan wajah yang di rinduinya..
Kenapa nie??

----------------`----------------------------------------------------
Ezzah menerangkan satu persatu idea untuk projek membina Hotel baru dibandar itu kepada Tengku Ariff Zakaria yang asyik merenungnya dari tadi..

"Dah habis..so what do you think? Any complains??" Ezzah bertanya.. Tolonglah jangan pandang saya macam tu tak selesalah..gumam Ezzah dalam hati.

"aah erm.. Ithink its okay..Brilliant idea!" balas Tengku Ariff Zakaria tetapi dia sebenarnya tak mendengar satu patah perkataan pun dari mulut perempuan tu.

"baguslah kalau begitu..hmm tak ada apa-apa lagis so perbincangan nie selesai lah"

"Erm Aryana.. Saya minta maaf banyak-banyak..saya telah banyak hubungi awak lepas awak letak jawatan tu tapi tak dapat..Awak dah tukar number?? Masatu saya pergi rumah awak Makcik Enah beritahu saya awak tak ada..Awak kemana selama nie Aryana?? Saya cari awak dimana-mana tapi tak jumpa.. Please jangan layan saya macam nie..tolonglah"

"Kenapa baru sekarang Riff?? Saya fikir awak dah lupakan saya waktu tu sebabtu saya letak jawatan.." Ezzah yang terkejut mendengar kata-kata Ariff tu terus mengeluarkan kata-kata yang tidak ingin dikeluarkannya tanpa sedar.

***

"Awak nie Sandra masuk tak bagi salam lah" terkejut Ezzah melihat Sandra yang masuk kebilik pejabatnya dengan sejambang bunga ros merah dan sekuntum ros putih ditengah.

"eleh saya ketuk dah brapa kali..tak dengar kah puan Ezzah oii..angan-angan siapa Boyfriend kah??sampai tangan saya nie dah nak berdarah ketuk pintu" seloroh Sandra.

"Eyh manaada boyfriend. Lihat tangan awak tu nak lihat juga darahnya lebat kah tidak?? "

"Ish saya main-main saja wh.. erm nie ada orang hantar bunga.. erm siapanie??"
"penyibuk eyh pergilah buat keraja"

Selepas Sandra keluar, Ezzah mengeluh siapa pulak yang hantar bunga nie..tak ada yang istemewa pun hari nie..Isy sewel betullah penghantarnya nie..

"Kepada Ezzah Aryana yang selalu dihati,
I Love You and will always love you..
I Miss you so much Aryana~
This red roses around the white rose shows that i love and the white rose hanya untuk engkau seorang..aku hanya mencintai kau seorang Ezzah Aryana..HACKS
-xxYourManxx

Terdapat sebungkus gula-gula hacks lah.. eyh apanie ingat aku orang tua kah sakit leher??
Siapa nie??

"Puan Ezzah, sorry ganggu erm nanti malam jangan lupa ya ada partylah di Rizqun.. mesti datang nie semua staff menanti kedatangan puan.Party nie kami buat khas tuk puan tau pasal ermm masatu tak sampat raikan hari pertama puan masuk kerja." jerkah Sandra yang hanya menonjolkan kepalanya di pintu.

"eyh Okay lah nanti malam tak ada apa nak buat baik datang ke Rizqun makanan free haha"

***

Eyh sunyinya mana mereka nie.. Sandra nie tipu kali..eyh nahas kau Sandra..
Kemudian suara nyanyian happy Birthday di belakangnya mengejutkannya lantas dia berpaling.. Semua Staff EA Design bergembira menyanyikan lagu itu untuknya..entah kenapa dia tidak sedar hari tu hari jadinya. Ezzah mengucapkan terima kasih sebaik saja mereka selesai menyanyikan lagu tersebut.

Eyh bunga tu?? Sempena hari jadi akukah?? Tiba-tiba datang seorang pekerja Rizqun yang membawa hadiah kepadanya.. ada kad yang terselit diatasnya.

"Selamat Hari Jadi yang ke 24 tahun Ezzah Aryana..semoga panjang umur dan menemukan cinta sejati.."
-xxYourManxx-

Eyh siapa nie?? macam mana dia tahu hari jadi aku??

***

Dari jauh Tengku Ariff Zakaria memerhatikan tingkah laku Ezzah yang leka ketawa bersama temannya sehingga tidak sedar dirinya diperhatikan.

Ezzah kalaulah awak tahu saya yang sediakan semua ini..apakah yang kau akan lakukan??
Nada-nada kesal mengasak didada tengku Ariff.

"Zack sudah lah tu kita pulang..dia tengah gembira tu.. mun dia nampak kau macam mana??" Hilmi memujuknya tuk pulang.

"Ya lah Zack jomlah pergi dari sini..perut saya dah baduk semacam nie" Rafy sengaja berkata begitu supaya Zack tak sesedih itu.

"Ye lah kita pergi makan tapi kau belanja lah Rafy.." gurau Zack
"Okay lah malam nie aku belanja kau. Hilmi tak payah lh dia bayar sendiri.. so makan di Capers..Okey??"

"Hey that’s not fair ! Kalau makan capers selalu aku bayar sendiri .. Fy belanja aku ok?? Today saja? " Balas Hilmi yang tidak puas hati.

"Okay..I was kidding tadi kn meliat rajukmu yang kalah perempuan ah" Mereka sama-sama tergelak mendengar kata-kata Rafy.

***
Alah ada janji lagi dengan Eternal Inner Beauty Design. Ertinya jumpa...

"Puan Ezzah!"
"Awak nie Sandra nasib baik saya tak ada penyakit jantung"
"Sorry emm temu janji dengan EIBD petang nie dibatalkan!"
"Alhamdulillah" terlunjur laju dari mulut Ezzah
" Saya belum habis cakap lagi lah Puan Aryana.. tu Tuan Hilmi dari EIBD tu nak jumpa. Urgent katanya..dia tunggu di lobi."

Isy fikir dah habis..

Terpaksalah Ezzah turun menemui Hilmi di lobi.

"Ezzah ikut saya sekarang ada perkara penting!" kata Hilmi sebaik saja Ezzah menegurnya.
"Kemana nie?"
"Ikut saja kalau saya cakap pasti awak tak akan percaya!"

Ezzah Aryana terpaksa mengikut Hilmi kekeretanya. Nak kemana nie?? Apa yang penting sangat??

***

"Ezzah Zack kemalangan masa malam hari jadi awak. Dia yang set semua tu di Rizqun tuk awak tahu. Kesian dia, dia hanya dapat melihat kegembiraan perempuan yang dicintainya dari jauh malam tu. Entah kami tak tahu kenapa dia berkeras nak balik sendiri lepas kami makan di Capers.. tiba-tiba saya dan Rafy menerima telefon dari pihak Hospital.. Hadiah dan bunga ros tu memang dia yang hantar..Maafkan lah dia Ezzah. Kami dah tak sanggup melihat dia menderita selepas awak letak jawatan tahun lepas. Macam orang gila dia cari awak dimana-mana sampai ke Kuala Belait pun dia sanggup hanya untuk mencari seorang perempuan bernama Ezzah Aryana Binti Erman Aziz.."

Ezzah tidak tahan lagi menahan airmatanya lalu menangis sepuasnya disisi Tengku Ariff yang tak sedarkan diri diatas katil hospital. Kemudian dia meminta Hilmi dan Rafy yang turut ada disitu meninggalakn mereka berdua..

"Ariff..I’m so rry. Please wake up..don’t leave me macam awak tinggalkan saya macam last year tanpa mengetahui dimana awak berada. I’m sorry memang saya tukar number lain selepas saya letak jawatan tu. Ayah saya meniggal dua hari lepastu sebabtu saya larikan diri dari Brunei kerana terlalu banyak kenangan pahit berlaku tahun lepas. Please wake up..i..I... . I love you..wake up for me will you??" Ezzah terus menangis disisi Tengku Ariff..

Terasa ada tangan yang mengusap-gusap kepalanya. Ezzah lantas melihat wajah Tengku Ariff yang sedang tersenyum melihatnya.

"Aryana..I’m sorry for the the things i did..untuk airmata awak yang tak pernah berhenti mengalir ketika mendengar kata-kata saya yang menyakitkan hati awak. I Love you too sayang.."

"Awak dengar semua yang saya katakan tadi??"
Ariff menangguk, " saya yang suruh Hilmi bawa awak datang sini. Saya dah tak tahan lagilah nak jumpa awak.. so awak dah buka hadiah tu??"

Aryana hanya menggeleng.
"kenapa belum buka??" Tanya Tengku Ariff lalu bangun tuk duduk. Selepas dia duduk dia mengarah kan Ezzah duduk ditubir katil.

"Saya tak kenal lah masa tu pengirimnya jadi tak buka mana tahu bom"
"Isyh saya tak akan berikan bom sebagai hadiah tau..apalagi buat orang yang tersayang..so awak bawa tak hadiah tu??"

Ezzah mengangguk lalu mencapai begnya dan mengeluarkan kotak kecil tu dari begnya.
"Bukalah"

Ezzah lalu membukanya perlahan-lahan..cincin?! apakah maksud Ariff nie??
"Ezzah Aryana binti Erman Aziz sudikah awak mengahwini saya??mendampingi saya hingga akhir hayat?"

Ezzah yang mendengar kata-kata itu Cuma menangis.

***

" I love you sayang! I love you sangat-sangat!" ucapan cinta tu keluar dari mulut Tengku Ariff.
"I love you too abang!"
"Abang sayang sangat-sangat kat Aryana.. lepasnie jangan tinggalkan abang lagi okey? Tak sangka Ezzah Aryana nie sebenarnya orang yang manja"
Ezzah yang terkejut mendengar kata-kata suaminya selepas diijab kabulkan seminggu lalu itu terus mencubit lengan suaminya yang melingkari pinggangnya..
"Ish tak baik tau cubit-cubit orang"
"Tau tak pe~ nanti Aryana tinggalakan abang baru tahu!"
"Tinggalkan lah abang jika Aryana sanggup melihat abang nie macam orang separuh tiang"
Sejurus mendengar kata-kata suaminya itu dia tergelak.

"isy tak malulah tu ketawa dekat sini. Nie negeri orang lah sayang.. malu lah sikit"
Tengku Ariff mengeratkan lagi pelukkannya.
"Hei sayang ada satu hutang dengan abang!"
"Hutang apa?? Manaada."
"Isy pelupalah sayang nie"
"Mana ada.. "
"Hmm sayang ada hutang lh.. ermm sayang lupa bayar ganti rugi kereka abang tahu"
"Eee tu pun masih kira hutang kh?? Tak nak bayar lah eyh"
"Just Kidding sayang"

Dikala sunyi tu Tengku Ariff berbisik ketelinga Isterinya"HACKS 1437!"
"Apatu?"
"Hanya aku cinta Kau seorang I Love You Forever, sweetheart"
Bertapa manisnya cinta yang mereka ukir disitu. Bersama-sama dua suami isteri itu menikmati keindahan malam di Paris di atas menara Eiffel . Dua hati telah kembali bersatu..

Cinta kau datang kembali setelah puas kau menyusuri angin
aku takkan sendiri lagi dengan kehadiranmu dihati
Rindu terima kasih kerana kau sudi datang kembali
Setelah engkau penat menyusuri air laut.


-Memang orang yang tak pernah melalui kepahitan dan penderitaan dalam hidup tak akan mengerti erti kehidupan yang sebernar~

No comments:

Post a Comment